klik kasi ikan mkn..di0wg lapa la~

Tuesday, June 23, 2009

nasihat ummi halimaton kpd kita sume anak2 didik ummi..

...............................pusara ummi halimaton........................

Catatan Tazkirah Ummi Halimat0n

Anak-anak didikku telah meninggalkan MATRI untuk meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi. Persediaan yang dibina di MATRI kiranya dapat menjadi bekalan bagi menghadapi suasana jahiliah yang beaneka ragam. Biar bagaimanapun, anak-anakku perlu ingat, penerusan tarbiyah itu perlu. Kalau ia berhenti, bererti memberi laluan pada unsur-unsur yang melemahkan.

Tidakkah dirasakan wahai anak-anakku sayang, bahawa suasana di sekelilingmu kini sebagai medan ujian. Ujian bagi menguji kekuatan sebenar. Andai ia dapat diatasi, iman dan kekuatannya akan tertingkat. Firman Allah SWT :" Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan, mereka berkata ,Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji."
Kejutan budaya dalam suasana jahiliah dan hawa nafsu yang memang melalaikan terutama pada hati-hati muda. Di sinilah dapat diukur komited dan dominan kita dengan kefahaman, kesedaran dan keyakinan hasil dari proses tarbiyah yang berterusan. Sejauh mana kekuatan itu menjadi benteng mempertahankan kelarutan kita dalam suasana sekeliling kita. Sejauh mana ia dapat berfungsi mengisi kemakrufan serta menyebarkan keindahan dan keunikan nikmat Islam dan Iman. Nabi Adam dan Hawa telah memberi iktibar terhadap respon mereka kepada kejutan budaya ini. Limpahan nikmat Allah telah diuji dengan godaan Iblis, Hawa terpesona dan terus mengikut arahan iblis (anak-anak pasti mengetahui detail cerita ini). Adam dan Hawa menyesali perbuatan mereka, terus bermuhasabah dan bertaubat.Inilah gambaran orang yang beriman dan tawadhuk. Anak-anakku, Allah pilih insiden ini pada Nabi yang mulia untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Di kesempatan ini, terus Ummi manfaatkan untuk membincang isu kekuatan kiranya anak-anak tidak jemu membaca, memahami dan menghayati. Cerita Nabi Yusoff paling hampir dengan diri anak-anak. Di sekeliling beliau, penuh tarikan dan pujukan...tapi hatinya kuat dengan kekuatan ikatanya dengan Allah dan takwanya menjadi penghalang untuk menurut kemahuan mereka.

Anak-anakku,
Inilah kekuatan yang sama-sama perlu kita bina.Kalau tidak, di manakah tamayuz antara pembangunan Islam dan jahiliah..antara pembangunan hati dan kebendaan/ilmu semata. Tentu kekuatannya yang sentiasa terikat erat dengan Allah swt.

Pasti anak-anak sibuk dengan kuliah dan tugasan yang bertali temali. Ummi simpati dan gembira kerana dalam kesibukan ini Allah memberi jua kesempatan untuk anak-anak mengikuti program tarbiyah. Kita akan rasa tenang dan bersemangat untuk terus berjihad di medan ilmu ini. Syukurlah...anak-anak, kebersamaan anak-anak bersama orang yang dapat membina kekuatan dan keterikatan hati dengan Allah menyejukkan hati Ummi.

Ummi kembali memperingati tentang peringkat jihad yang disarankan oleh ulama muktabar Ibnu Qayyim :
1. Jihad Mencari Ilmu
2. Jihad Mengamalkan Ilmu
3. Jihad Melawan Hawa Nafsu
4. Jihad di medan perang
Jihad ini perlu diambil secarra menyeluruh agar tidak berlaku ketempangan di dalam ubudiyah kita yang mulia. Anak-anakku, kecemerlangan ini dipertanggungjawabkan pada pemuda..kerana kesediaan, potensi dan kemampuan yang ada pada mereka memungkinkan satu pencapaian yang diharapkan dan diredhai Allah.


Ummi Halimaton

9 comments:

  1. MATRI stand for Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah....
    Sebuah sekolah menengah agama swasta/sekolah Agama Rakyat(SAR) di Perlis...

    ReplyDelete
  2. Bismillah, kalau comment ini berjaya, it's gonna be my first comment ever went through...wallahu a'laam.

    Subhanallah, nasihat penuh makna dari seorang ummi untuk anak-anaknya yang semakin meningkat dewasa...thanks heaps to Ihsan for this sharing...inshaAllah, meaningful!

    Bersyukurlah bg yang pernah melalui alam pendidikan di dalam suasana yg menekankan ajaran agama sejak kecil...anda insan terpilih untk berada di dalam bi'ah solehah (lingkungn yg baik)....tetaplah istiqamah (konsisten)...

    "Tarbiyah itu bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah" (Anonymous)

    ReplyDelete
  3. yah good f0r u yus..
    try hard make a prfect result..
    i thnks 2 ALLAH i in dis way..
    but i think u're in a same way ait ??
    d0 i rite ??

    ReplyDelete
  4. yah dira..
    MATRI is a sh0rt f0rm fr0m ma skewl name..
    i learn h0w to live ma life there..
    i learn how to hate pe0ple..
    i learn h0w to luv pe0ple..
    i learn how to miss pe0ple..

    but de besh thing is when
    i learn h0w to SMILE..

    ReplyDelete
  5. Sorry ihsan. I don't really get your statement before: "but i think u're in a same way ait?". Mind clarifying? thanks in advance.

    But if you were to refer that statement to my opportunity to be placed in an islamic school, i'd say your assumption was totally wrong.Unfortunately.

    Tapi yang pasti, perancangan Allah untuk setiap hambaNya tidak pernah salah. RencanaNya cukup cantik, namun hikmah di sebalik kejadian itu takkan mampu dijangkaui akal manusia yang terbatas. Wallahu a'laam.

    P/s: I've linked your blog in my blog's list. Keep writing!

    ReplyDelete
  6. 1stly its n0t wat i mean yus..
    i dun care if u're come fr0m islamic skewl or any place.. but we're in a same way is mean we're tgthr in a same way 2 pr0tect ALLAH's deen.. am i rite yus?

    ReplyDelete
  7. Teringat doa yang pernah diajarkan Rasulullah SAW: "Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui." Amin.

    InshaAllah, bersama-sama menegakkan agama Allah dengan dakwah dan tarbiyah....dakwah tak perlukan kita, sebaliknya kita yang memerlukan kepada dakwah...Wallahu a'laam

    Thanks for your clarification (",) appreciate it loads

    ReplyDelete
  8. owh.. thts a go0d pray..
    yah come tgthr n islam will unite us all..
    we're here n u can join us =)

    ReplyDelete

put ur link here blogger.. ~♡